amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Sunday, February 27, 2011

My 'Baby'

Demi mencari hobi baru. Demi mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah. Saya purchase something yang sangat lain. Tak pernah saya beli ia. Inilah 'baby' pertama saya. Sebenarnya dah lama dah mengidam nak beli. Oleh kerana dah lama sangat, saya pun terus wat keputusan purchase je. Tak yah susah-susah fikir berkali-kali, nanti tak jadi plak. Bakat?? Tak tau la de ke tak. Tak pernah cuba pun sebelum ni. Masa kecik-kecik dulu de la kat umah satu. Ayah punya. Tu pun masa saya tersangat la kecik. Main ketuk-ketuk je. Pastu dah takde. So, sekarang dah ade. Saya try. Bukan apa, sekadar mengisi masa lapang. Cane nak men ye...I think i should start recognizing the chords first. Saya practice pn kat internet je. Hehe. Saje try. ;)



Ma first guitar. ;)

Monday, February 21, 2011

Yes! Yes! but... No!!!

Yes! Berjaya gak wat IS hari ni. Start wat dalam kul 12.30...totally siap dalam kul 4. So, totally IS took around 3 hours to finish. That means kalo gi lab pun nak dekat tengah hari, maknanya satu sampel je la sempat wat IS. 


Besides that, Yes! Sempat masukkan sampel dalam vacuum oven...selepas bertangguh hampir 3 minggu. Lusa baru keluarkan and get ready tuk IS next week and send the samples for FTIR. Tapi, ingatkan sempat la hari ni nak wat sikit-sikit analisis FTIR yang dah tertangguh nearly 3 weeks already. Danger...danger... Takut supervisor mintak nanti...tak tau nak bagi result ape. Haha. 


Banyak betul kerja tertangguh. Ni semua gara-gara leka dan malas nak wat. Padahal bukannya sibuk sangat bulan ni. Cuti raya cina seminggu automatic jadi 2 minngu...mane tak banyak kerja tertangguh. Nampaknya esok je la sempat analisis, sementara duduk jaga lab tu, I'll analyse FTIR. InsyaAllah sempat siap esok. Lusa, leh jumpa Dr dengan muka confident giler. 


Lagi satu, Yes! Sempat submit form kelim yuran selepas tangguh 3 minggu. Lambat-lambat nanti tak dapat plak, menyesal di kemudian hari. Tak mau....tak mau...


However, No!!! Gigi ni tetiba rasa cam nak tumbuh gigi baru tapi di tempat yang tak sepatutnya. Argh!! habis lah....kena jumpa doktor gigi nampaknyer....saya sangat tak suka jumpa dr gigi....huhuhu. ;( tak suka!tak suka! tapi nak wat cane....satu hari nanti kena jumpa gak. I am a dental phobics. ;(((



Ade ke petua hilangkan fobia doktor gigi????

Saturday, February 19, 2011

Hati Engkar

Hati ini
Kurniaan suci Yang Maha Esa
Menjadi penghias di kala suka
Menjadi rujukan di kala duka

Hati ini
Membisikkan kata-kata tua
Kata-kata terlalu halus
Namun dibiar bersendiri

Hati ini
Mencambah pohon baru
Bakal tumbuh menghijau
Namun ditanam kembali

Hati ini
Dibuang tepi
Hasutan nafsu memenangi
Dibiar menguasai

Hati ini
Sering diabai
Dibiar bersendiri
Ditanam kembali


Hati ini diengkari.

Friday, February 18, 2011

Pedoman Hari Ini

Tempat berteduh naik tinggi
Ilmu seni menguasai
Pembawa diri warna-warni
Hampir sukar buat mata ini

Orang beribu-ribu
Berlari-lari anak
Jalan terpusu-pusu
Mencari apa yang hak

Ketaraan perubahan
Membuat diri terpinga-pinga
Ilmu pelajari keadaan
Mengajar diri menerima

Yang tiada menjadi idaman
Impian ditangguh ke masa hadapan
Semangat tercipta dengan satu tujuan
Demi mendapat hak pemilikan

Diri dibawa kembali
Tempat asal lebih dikenali
Hati ditenangkan kembali
Mengimbau kenangan yang dimiliki

Pemikiran bergerak celaru
Dirapikan dengan tulisan
Kisah dari pengalaman
Cerita diakhiri suatu pedoman

Yang ada diperelokkan
Jauh sekali digadaikan
Apakah harta paling dipertahankan?
Maruah dan kasih sayang tiada tandingan


Monday, February 14, 2011

Tanggungjawab

Pabila sudah bosan
A.k.a. fedup
Rasa tak tahu nak wat pe
Bila dah rasa semua tak kena
Maka
Berbaliklah
Perkara sebenar
Tujuan
Matlamat
Tangungjawab
Jangan lupa mahupun alpa
Tanggungjawab sebenar
Harus dilaksana
Agar tiada penyesalan
Di kemudian hari


Thursday, February 10, 2011

Monday, February 7, 2011

Stop... think...are you sure...

Stop
Stand
Think again
Which you want to choose
Which one
Are you sure
Is this the right one
Think again

Yes
I’m convinced
This is the right one
No doubt
No regret
Even for thousand years
Even for whole life

So then
Go on
Go that way
Quickly
Don’t waste your time
Time won’t be as long as we think it is
Might be shorter

So
Go!

When heart speaks…

Saturday, February 5, 2011

Gardening

Dah lama sebenarnya tak tanam pokok. Rindu pulak rasa korek tanah, jumpa cacing, kena gigit nyamuk. So, last few days I spent my time at kampung gardening. Wah...bunyi macam tanam 10 pokok. Tak de lah. Tanam satu pokok. Pokok pe ntah. Tu curi dari pasu mak.hehe. Hopefully pokok ni bertahan lama. Tapi memang, sejak sambung belajar, tak pernah-pernah lagi tanam pokok. Sangat dah lama. Berhasrat nak tanam at least satu pokok la kat luar rumah sewa. Tapi takut plak. Takut tetiba pokok mati. Argh...malu la nanti kalo jiran nampak!hehe. Tapi tak pe, belum cuba belum tau. Back to gardening...one day la.

Pokok saya. Tak tau nama pe. Don't worry..xde siput. Tu sekadar cangkerang. My sis yang letak.

Jom gardening.hehe.

Thursday, February 3, 2011

Perfect

Perfect
To fulfill the desire
With no flaws
No mistakes

Perfect
Often misjudged
Too pressurized
Too much
So much one couldn’t handle

However
Is this perfectness is so important
That sometimes
Could make ones blind
Blind from the thing that is already more than perfect
More than anyone could ever wish for

Syukur
Is the best remedy
Of perfectness
Be grateful
Everything would be as perfect as desired

However, gratefulness should not be used as an excuse of unwanting to be better.

Wednesday, February 2, 2011

Window Shopping...Nak!!!

Wahhh
Window shopping betul-betul menggugat jiwa raga
Tengok kiri kanan kalo leh semua nak dibeli
Asal cantik je bling-bling bercahaya mesti nak beli
Tak kira la
New arrival, Discount, Sale
Tak berkedip mata memandang
Kalau lah dalam purse de berjuta
Kanku jadikan semua milikku
Hahaha (evil laugh)

Tapi,
Satu hipotesis yang sememangnya kena
Lagi susah untuk didapati
Lebih berharga ia jadi

So,
Bersyukurlah
Lebih banyak usaha untuk mendapatkan sesuatu
Lebih tinggi kepuasan apabila ia menjadi milik kita.


Lempoyang

Saja nak berkongsi pengetahuan setelah meneroka internet mengenai tumbuhan ni. Mak saya yang perkenalkan. 
Petua untuk kesihatan semua terutamanya yang sakit perut, kencing manis, darah tinggi, wanita dalam pantang. Penemuan santifik juga telah menunjukkan lempoyang mampu menghindar kanser serviks. InsyaAllah.

Lempoyang ni sejenis tumbuhan yang rupa seakan-akan halia atau lengkuas. Mengikut beberapa sumber ia boleh didapati di pasar. Ia biasa dijadikan ulam, sebagai penambah rasa dalam makanan disebabkan rasa yang agak pedas dan pahit-pahit sedikit.


Lempoyang ini memiliki kebaikan yang agak banyak terutamanya kepada kesihatan wanita. Ada yang menyatakan lempoyang mampu mengurangkan risiko kanser serviks. Ia juga sesuai untuk pengidap kencing manis kerana ia mampu mngurangkan kandungan gula dalam badan serta menurun tekanan darah. Selain itu, lempoyang biasa diamalkan oleh ibu-ibu dalam pantang bagi meningkatkan darah dalam badan selain mengurangkan angin di dalam badan. Air lempoyang juga sesuai diminum setiap pagi. Rasanya agak pahit. Oleh itu, lebih baik ambil yang muda agar rasanya lebih  manis.

Antara cadangan penyediaan ialah tumbuk isi lempoyang, perah campur dengan air. Adalah lebih mujarab jika ditambah madu. Ia amat baik diminum setiap pagi.
Ada juga yang mencadangkan dibuat ulam dengan menumbuk lempoyang, dicampur dengan bawang yang dimayang, gaul dengan cuka, gula dan garam. Di Kelantan, daun lempoyang biasa dicampurkan dalam nasi kerabu ataupun dimakan dengan budu.


Untuk lebih informasi mengenai tumbuhan ini:

Tak pernah try pun, one day i'll try. One day...not sure when.hehehe.