amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, September 28, 2010

Selasa Malam Ini

Argh! Bencinya perasaan ini kembali lagi. Perasaan ingin melaksanakan sesuatu lebih dari apa yang saya capai sekarang. Saya sedar usaha yang saya berikan pada waktu ini tidak mencukupi. Rasa tidak puas dengan kerja yang telah dilakukan tiba-tiba muncul. Sangat benci akan perasaan ini. Ecceh...tetiba layan perasaan. Tak tau la kenapa. I would like to move forward. But I don't know how! When! Where! Camni je ke?? Ini je ke?? Urgh...boleh pecah kepala begini. Saya duduk menaip ni tengah nak buang masa tak tahu nak wat apa yang lebih berfaedah lagi dah. Hummmm...kalo ikut kan, tengah melanjutkan pelajaran ini sepatutnya saya membaca, mengkaji berkenaan dengan projek saya. Malas??Yap. memang ada. Sifat malas ni la yang menyuruh saya untuk terus menaip dan membuang masa menaip yang bukan-bukan ini. Makan??dah kenyang dah perut. nak belajar. habis tu? kenapa tak nak start lagi nih? Belajar la wahai diri ku. Haish....monolog lagi.Yap, saya suka monolog dan menaip mengenai perkara yang merepek. Nak tido, awal lagi. Nak lelap mata pun susah. Kalau bangun awal esok pun nak wat apa. Apa yang saya boleh lakukan? Jogging? Impossible...Swimming? Nop. Nak puasa la esok.Hm...........Ha! Dah ade idea. Selalu dapat idea ble menaip kat blog nie. Suke2.
Ape kate saya membaca sebanyak-banyak nya sampai faham dan keluar perkataan 'oooooo....' dari mulut. Itu menunjukkan perkara baru dipelajari dan difahami. InsyaAllah, ada hasilnya nanti. Yap. Gudluck!

Selasa Siang Tadi

Yeah! Finally i've decided to use poly(propelene), PPy. Gotta prepare the samples tomorrow..humph.tomorrow lar. Rini xsempat. Pergi fakulti lewat tapi balik awal..alasan nak berbuka.hehe. Tadi ada promotion untuk buat membership card Jusco di fakulti. Tanpa pikir panjang, saya dan kawan pun register dengan bayaran rm6. Dah lepas buat rase rugi lak. Yelar...bukannya sekali je bayar. next year kena lagi..normal price RM12 lak. Next-next year pun still kena gak. Kalo balik Ipoh, boleh je guna kat mak. Kalau kat sini boleh je pinjam kawan punya kad. HUh...tak pe la. Next time think first then you act. Terikut nafsu lak tadi. Yela...siap dapat goodie bag lagi. mana tak terpengaruh.
Pasal perkembangan projek lak..hm..tak banyak perkembangan nampaknya hari ini. Banyak berjalan-jalan turun naik lif fakulti je angkat rak buku dari bilik KP ke bilik kami. So, tomorrow kena la datang awal (iaitu pagi)...hopfuli la.hehe. Pastu, prepare as much sample as possible. Kalau boleh, at the end of this month, we should already have the results for this project. Faster is better. Yap! (semangat membara). (^o^)

Isnin siang tadi

Today I didn't accomplished much work. But, a new problem arise! I have to change the material to be used for my project because of its ridiculous expensive price. More than ten thousand ringgit to buy the material. Therefore I've decided to use the usual conducting polymer material, polypyrrole instead of ruthenium oxide (which is mostly used in millitary and space..haha i've found out its applications in the jurnals..and guess what! our country don't have spaceship.) Therefore, tomorrow i have to meet my supervisor to change the title too. Ask for his opinion on this matter. Hopefully this won't be a problem in future.

Ruthenium
 Polypyrrole, PPy

Apakah yang saya boleh buat?

Hmm..(mengeluh..)walaupun ini bab yang baru.ada masa ada ku x tentu.oh.lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu. lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku. Aku ok. lagu ini hanya ingin kau fahami.ku harus teruskan hidupku. semuanya cun saja..(dipetik dari lagu Cun Saja oleh Sleeq)
I love this song so much. Suka dengar sambil-sambil menaip nih. Saya sering terfikir..tambahan lagi usia makin meningkat ini. Banyak perkara yang ingin dilaksanakan. Semua impian ingin direalisasikan dalam jangka masa yang pendek ini. Persoalannya, apakah yang saya boleh lakukan?
Cukupkah usaha ku sekarang ini untuk menggapai impian yang dipegang sejak kecil... Setelah menamatkan persekolahan, impian dan cita-cita makin lama makin berubah dan mengikut peredaran masa dan keadaan sekeliling. Impian itu mungkin telah kita kecapi dan sedang dinikmati tetapi di dalam bentuk yang tidak kita sedari.
Semasa di bangku sekolah, kita sering menulis bertajuk 'cita-cita' dengan pengakhiran cerita 'hingga ke menara gading'..Tanpa kita sedari, impian itu sedang kita nikmati. Alhamdulillah, saya diberi rezeki melanjutkan pelajaran di universiti.
Walaubagaimanapun, hati ini sering tidak puas. Pelbagai lagi impian yang ingin dicapai. Masih adakah masa untuk saya mengecapi impian-impian ini? Bolehkah saya merealisasikannya? Mungkin tidak menyeluruh. Tetapi tetap ada. Pengalaman mengajar kita untuk lebih berjaya. Pengalaman memberi kita senyuman. Tidak mengapalah, apa yang saya perlu lakukan adalah usaha dan lakukan sahaja dengan apa cara pun. Tidak perlu memaksa mahupun mendesak. Everything will comes naturally in their own way.
Kita belajar dari kesilapan. Makin dewasa ini, makin sukar untuk kita memberi peluang kepada diri untuk melakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan itu. Untuk berkembang kita harus berani. Express yourself.

Mahupun begitu, sebagai insan di muka bumi ini kita harus sedar akan batasan-batasan kita. Menahan diri juga adalah tanggungjawab kita. Di sini sememangnya impian-impian itu tidak dapat dilaksanakan. Ada hikmah di situ. Hidup di dunia ini adalah sementara. Sering kali ingatkanlah diri ini bahawasanya pengorbanan kita di dunia ini akan dibalas baik di akhirat yang kekal kelak. 'Biarlah mereka, walaupun saya mampu melakukannya, saya sedar bukan sekarang masanya, bersabarlah',
Kata-kata ini sering saya ingatkan diri saya apabila melayari internet dan menyelami kehidupan insan-insan di dunia ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang sentiasa berpusu-pusu mencapai kekayaan dan kebahagiaan yang sementara. Sabar adalah kunci dalam melalui kehidupan sebagai musafir di dunia yang sementara ini.

Sabarlah.

Thursday, September 23, 2010

Rumah Terbuka - Perancangan

We are planning for. This is our first time doing an open house here. First, we have to clean up the house in and out. Throw away any useless papers or boxes. Everyone have to participate. No shoes boxes allowed in the living room. The floor need to be mop.
Secondly, we've planned the menus. We'll do the shopping this evening. It should be enough with the budget. Goodluck everyone!

Haha. Our open house surely won't be this huge. You have to be a prime minister for that.

Tuesday, September 21, 2010

Ragam-ragam Aidilfitri

These are several memorial pictures during aidilfitri this year. Alhamdulillah..raya tahun ni agak meriah bila kami sekeluarga dapat berkumpul ramai-ramai di pagi raya pertama. Pagi itu kami sedari betapa pantas masa berlalu. Tanpa kita sedari, semua adik-beradik sudah besar, dewasa, dapat berfikir lebih matang. Namun, masih lagi anak mak yang nakal...to mom's eyes we'll always be a kid.
Saya juga telah belajar serba sedikit masak masakan khas untuk menyambut aidilfitri. Dengan tunjuk ajar pakar chef pemakanan saya iaitu mak, saya dapat mengendalikan sedikit hal dapur...dapat la meringankan sikit kerja mak. Bagi dia rehat lebih tahun ni..asyik kite je raye. Giliran dia pulak. Lagipun satu hari nanti semua tanggungjawab ini pasti akan perlu dipikul. Sejak duduk rumah sewa saya dapat lebih memahami betapa penatnya menjadi seorang suri rumah. Betapa hebat mak ayah kita.


 
Masak-masak sempena Aidilfitri.

Sedapnyer dapat makan rendang ayam masakan rumah bersama lemang dibakar sendiri. Lemang diberi oleh abang ipar kami. Dia dan kawan-kawan dia yang bakar lemang-lemang tu. Memang sedap lah, berlemak. Banyak jugak rezeki raya tahun ini. Kuih raya pun setiap sorang beli, last-last nyer banyak la jadi nyer. Sampaikan tak terabis pun. Raya tahun ini kami tak berbelanja banyak sangat pada perhiasan diri. Pakaian simple dan selesa. Tidak perlu 'bling-bling' sangat. Asalkan selesa orang hendak memandang.

Raya pertama kami berkunjung ke rumah jiran sebelah. Berkenal-kenalan dengan anak-anak mak cik sebelah. Ramainya dah kahwin, ada juga yang masih melanjutkan pelajaran. Sorang bekerja di syarikat Petronas di Terengganu. Sorang baru sahaja putus pernikahan..tiada jodoh ler..sume tu ade hikmah nyer. Ade juga yang tua setahun saya. Beliau baru sahaja menghadiri temuduga dan dengar khabar berjaya dapat kerja tersebut. Alhamdulillah. Sorang lagi masih belajar di sekolah asrama penuh. Apabila kita lihat sekeliling kita, kita sedar tiada sesiapa yang sempurna di muka bumi ini. Setiap keluarga pasti ada nya kekurangan yang menyebabkan kita sering mengatakan 'the grass is always greener on the other side'. Suma ini ada hikmahnya. Raya kedua kami berkunjung ke rumah makcik Normah dan saudara-saudara lain. Dapat lah berkenalan dengan sepupu-sepupu yang agak muda bagi saya. InsyaAllah kami akan terus berhubung.
Aizat with his annoying MP3 player.


Mak pun tidak ketinggalan bergaya di hari raya.


  
Bersiar-siar seluruh luar rumah.

Aizat pura-pura tidur.

Kerja rumah una.

Anak Mak Cik Normah, Amirul, berumur 3 tahun. Beliau sangat lincah.

Ayahchor cek tayar sebelum mulakan perjalanan (government advice)




  
Lepas 2 minggu raya kena la hantar aizat balik asrama. Abang An antakan. Cepat sikit sampai.

 

 Then, sebelum balik kami singgah makan di medan selera taiping yang famous dengan yong tau fu.


 
Raya tahun merupakan raya yang istimewa dan adalah raya pertama Nur Insyirah. (^^,)

Saturday, September 11, 2010

Huha Huha Keluarga di Pagi Raya

Gambar-gambar ini saya dapatkan dari kamera ayah saya. So, agak berterabur tarikh-tarikh gambar tersebut. Apa-apa pun gambar-gambar ini sebagai kenangan semasa dalam perjalanan ke rumah sewa saya di Shah Alam. Kami naik kereta sebab nak hantar barang. Kalau tak saya naik keretapi je..jimat sikit kos. Lagipun, mak nak jalan-jalan. Asyik duk rumah je..

Ayah filling the air tire on our way to my rent house in Shah Alam.

Raya tahun ini kami beli-belah raya last minute. Tahun lepas pun camtu gak. Ade la beli beg, baju baru. Raya kan kena pakai benda baru. Alhamdulillah, murah rezeki tahun ini.

 Aizat kebosanan tunggu kitorang bersiap nak gi shoppinh. Aizat ikut pun sebab nak beli seluar. Kalo tak, hmph..xde nyer dye nak ikut.

Sebab nak ngelak sesak parking, kami berbuka je terus dalam kereta. Last minute shopping ni grenti full parking kalo bertolak dari rumah lepas raya. De la kenangan berbuka dalam kereta.





Nokia mak.

Balik-balik je tengok ayah tengah pasang lampu lip-lap kat verandah depan umah.

Wednesday, September 1, 2010

Perancangan Raya Tahun Ini

Perancangan saya untuk raya tahun ini bertemakan jimat berbelanja tidak membazir..biar simple tapi selesa. Baju raya pun tak perlu lah beratus-ratus bling-bling berkilat sana berkilat sini. Sekurang-kurangnya baju yang dibeli boleh dipakai untuk harian ke tempat kerja, Kill two birds with one stone. So, saya ingin berbelanja lebih kepada kuih raya, perhiasan rumah agar rumah lebih ceria, hadiah untuk keluarga dan sebagai. Memberi lebih bermakna daripada menerima...biarkan orang lain asalkan kita bahagia. Saya harap raya tahun ini akan lebih bermakna.. InsyaAllah...

 
Tahun ni kene masak kuih raya sendiri la gamok nyer..biasenyer tolong-tolong kakak masak.

I love rendang! Alhamdulillah saya boleh masak rendang. It would be my recepi this year. Hope everyone would like it. InsyaAllah I'll post the recepi just for my recepi collections.