amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, December 29, 2009

Puding Karamel


Bahan-bahan:
1 tin susu sejat
1/2 tin air (guna tin susu sejat tadi)
4 biji telur
1 cawan gula kasar
4 keping biskut petak Cream Crakers (dihancur)
1 sudu kcil esen vanila
Cara-cara:
1. Pukul gula dan telur hingga kembang.
2. Masukkan susu sejat, air dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
3. Panaskan 1 sudu bsar gula atas loyang sehingga keperangan.
4. Tuangkan bancuhan susu tadi ke dalam loyang berisi gula hangus tersebut.
5. Taburkan biskut di permukaan.
6. Kukus selama 20 minit.
7. Angkat dan terbalikkan dengan berhati-hati di atas pinggan besar. Biarkan sejuk dan masuk ke dalam peti ais. Lebih sedap di hidang sejuk.

I got this recipe from my elder sister.
The pic I got from google.

Karipap Putar


Bahan inti:
250 gm kentang – didadu & direbus
2 susu besar minyak masak
1 biji bawang besar – dicincang
1 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari
Sedikit air
4 tangkai daun sup
Garam & gula pasir
Minyak masak

Bahan kulit (A):
450 gm tepung serbaguna
½ sudu kecil garam
3 sudu besar marjerin
230-240 ml air

Bahan kulit (B):
250 gm tepung serbaguna
50 gm marjerin
100 gm lemak sayuran

Cara-cara:
A) Inti
1. Tumis bawang dan masukkan daging. Bubuh daun kari, rempah dan air. Kacau.
2. Apabila daging empuk, masukkan kentang dan daun sup. Kacau rata.

B) Kulit
1. Kulit A: Bancuh tepung, garam dan marjerin. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli perlahan-lahan.
2. Kulit B: Cara yang sama untuk kulit B.
C) Adunan doh
1. Bentukkan adunan A menjadi 20 biji bebola.
2. Bentukkan adunan B menjadi 20 biji bebola kecil.
3. Masukkan setiap satu bebola B ke dalam bebola A.
4. Canaikan bebola ini memanjang dan nipis. Kemudian, gulungkan.
5. Canaikan semula nipis dan memanjang. Gulungkan.
6. Potong dua bahagian.
7. Leperkan setiap bahagian dan dicanai bulat.
8. Isi inti di tengah dan kelim bahagian tepi. Goreng karipap hingga keperangan.

Tip: Untuk elakkan kulit karipap menggerutu apabila goreng, mulakan goreng dalam minyak kurang panas. Kemudian, barulah kuatkan api.

Reference: S. Mohamad, N. A Adnan, N. Nordin. Belajar Memasak: Langkah Demi Langkah, 2003. Alaf 21 Sdn Bhd. 96-99.
I forgot to snap picture of karipap i've made. So, I just uploaded this image from google.

Wednesday, December 2, 2009

Roti Jala


Sesuai untuk makan petang.

Bahan-bahan: (utk 40 kpg)
3 cwn tepung gandum (1/2 kati)
2 biji telur
2 sudu bsr susu tepung
sedikit garam
2 1/2 cawan air
Pewarna kuning (utk bagi warna kuning, xyah pn xpe)

Acuan roti jala

Cara-cara:
1. Masukkan tepung, susu tepung dan garam. Buat lubang tengah-tengah tepung, letakkan telur. Campur air. Kacau sebati.
2. Guna acuan masak sehingga keemasan. Lipat roti jala mengikut suka.
3. Lagi senang guna 'nonstick frying pan'. Ataupun, masak dalam pan biasa, supaya tidak melekat renjis minyak guna daun pandan yang dilipat agar lebih wangi.
4. Siap dan sedia dimakan. Lebih sedap cicah dengan kuah kari ataupun kuah durian.

Tuesday, December 1, 2009

Nasi goreng thai



Suitable for dinner.

Ingredients:
1 peket perencah nasi goreng 'Seri Aji'.
Nasi
1 bawang besar (dihiris)
1 uls bawang putih
6 btg filamen (potong kecil)
1 btg serai (tumbuk sekali)
1 cili hijau/merah
timun (dihiris)
Secubit garam.
Beberapa keping daging (elok direbus terlebih dahulu agr lebih lembut..xyah pn xpe)
Salad cina

Cara-cara:
1. Tumis bawang, btg serai.
2. Masukkan daging. Tambah 1/2 cwn air. Tunggu sampai daging lembut.
3. Masukkan filamen. Kacau sekejap. Masukkan perencah, secubit garam dan kacau.
4. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati. Hias dengan timun dihiris.
5. Siap dan sedia untuk dimakan.